awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO

Bernama
Bernama
22/01/2025
08:10 MYT
1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Pelancongan global telah pulih sepenuhnya pada 2024, dengan banyak destinasi melepasi tahap 2019 dalam kedua-dua ketibaan pelancong dan pendapatan. - Unsplash
MADRID: Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) mengumumkan pada Selasa bahawa 1.4 bilion orang telah mengembara ke seluruh dunia pada 2024, menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19 yang menyebabkan krisis terburuk dalam industri itu pada 2020-2021.
Menurut UNWTO yang beribu pejabat di Madrid, ini mewakili kenaikan sebanyak 11 peratus, bersamaan dengan 140 juta lebih pelancong lebih berbanding tahun sebelumnya, mengembalikan pelancongan antarabangsa ke tahap sebelum pandemik, lapor Agensi Anadolu (AA).
Asia Barat, Eropah dan Afrika mencatatkan pertumbuhan tertinggi dalam jumlah pelawat berbanding 2019, dengan Asia Barat merekodkan 95 juta pelawat (kenaikan 32 peratus), Afrika mencapai 74 juta (kenaikan 7 peratus), dan Eropah menerima 747 juta pelawat (kenaikan 1 peratus).
Setiausaha Agung UNWTO Zurab Pololikashvili menyatakan bahawa pelancongan global telah pulih sepenuhnya pada 2024, dengan banyak destinasi melepasi tahap 2019 dalam kedua-dua ketibaan pelancong dan pendapatan.
Beliau menambah bahawa permintaan kukuh dijangka mendorong pertumbuhan selanjutnya pada 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNWTO
#pelancong
#Pengembara
#rentas sempadan
#pelancongan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan