awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 maut dalam serangan pengganas di Syria

Bernama
Bernama
03/02/2025
10:43 MYT
14 maut dalam serangan pengganas di Syria
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun pasukan keselamatan tempatan berkata ia mungkin dilakukan oleh organisasi pengganas PKK/YPG. - Foto: Syrian Civil Defense via Bernama
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 15 lagi cedera dalam serangan pengganas di daerah Manbij, wilayah Aleppo, Syria pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sebuah kenderaan yang dipenuhi bom meletup di pintu masuk selatan Manbij, yang berada di bawah kawalan Tentera Nasional Syria (SNA).
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran dan terdapat kebimbangan angka kematian mungkin meningkat.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun pasukan keselamatan tempatan berkata ia mungkin dilakukan oleh organisasi pengganas PKK/YPG.
SNA membebaskan Manbij daripada pengganas pada Disember 2024 sebagai sebahagian daripada Operasi Fajar Kebebasan.
Dalam kempen keganasan selama 40 tahun terhadap Turkiye, PKK yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turkiye, AS dan EU bertanggungjawab atas kematian lebih 40,000 orang, termasuk wanita, kanak-kanak, bayi dan warga emas. YPG adalah cabang PKK Syria.
Sejak kejatuhan rejim Assad di Syria, kumpulan pengganas itu cuba mengeksploitasi ketidakstabilan serantau untuk mewujudkan "koridor keganasan" di sepanjang sempadan dengan Turkiye.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#serangan
#pengganas
#Syria
#Aleppo
#letupan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan