14 pegawai polis antara 20 ditahan dalam serbuan rasuah dadah di Mississippi

Pegawai yang ditahan dipercayai telah memberikan perlindungan kepada pengedar dadah dan membantu mereka mengelak daripada ditahan. - Gambar hiasan
MISSISSIPPI: Seramai 20 individu termasuk 14 pegawai penguat kuasa undang-undang telah ditahan dalam satu operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa persekutuan di Mississippi dan Tennessee, susulan siasatan bertahun-tahun berhubung kegiatan rasuah berkaitan pengedaran dadah.
Ringkasan AI
- 20 individu termasuk 14 pegawai penguat kuasa ditahan dalam operasi persekutuan di Mississippi dan Tennessee susulan siasatan bertahun-tahun terhadap kegiatan rasuah berkaitan pengedaran dadah.
- Dua sheriff daerah didakwa menerima sogokan sehingga AS$37,000 (RM155,000) bagi memberi perlindungan dan laluan selamat kepada pengedar dadah, hasil penyamaran ejen persekutuan.
- Kesemua suspek berdepan pertuduhan jenayah persekutuan, dengan siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti skop rangkaian rasuah yang disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap kepercayaan awam.
Operasi ini dijalankan selepas ejen persekutuan menyamar sebagai pengedar dadah dan berjaya membongkar rangkaian rasuah yang dipercayai melibatkan kawasan Delta Mississippi, Memphis di Tennessee, dan sejauh Miami, Florida.
Menurut Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) bagi Daerah Utara Mississippi, Clay Joyner, siasatan bermula selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada pengedar dadah sebenar mengenai bayaran sogokan yang dikenakan oleh pegawai polis.
Pegawai yang ditahan dipercayai telah memberikan perlindungan kepada pengedar dadah dan membantu mereka mengelak daripada ditahan, satu tindakan yang disifatkan sebagai “pengkhianatan besar terhadap kepercayaan awam” oleh pihak berkuasa persekutuan.
Kesemua suspek kini berdepan pertuduhan jenayah persekutuan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana rangkaian rasuah ini telah beroperasi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


