awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California

Bernama
Bernama
08/11/2024
03:30 MYT
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Imej satelit menunjukkan helikopter pemadam kebakaran berlegar di udara, susulan kebakaran hutan di kawasan gunung di Moorpark, California, AS, 7 Nov 2024. - Foto Maxar Technologies/Handout via REUTERS
HOUSTON (Amerika Syarikat): Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis, lapor Agensi Anadolu yang memetik sumber media.
Lebih 25 juta orang di bahagian selatan negeri itu kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Kebakaran itu bermula pada Rabu di Ventura County, barat laut Los Angeles dan dengan cepat menghanguskan lebih 5,665 hektar tanah akibat angin kencang dengan tiupan sehingga 96.5 kilometer sejam.
Pegawai bomba meminta penduduk untuk meninggalkan kediaman mereka dengan segera.
"...Keadaan akan menjadi panas, penuh dengan asap, anda tidak dapat melihat, sukar bernafas, dan anda pasti tidak mampu mempertahankan rumah anda. Akhirnya, anda terperangkap dan anggota bomba kami perlu masuk untuk menyelamatkan anda," kata Ketua Jabatan Bomba Ventura County, Dustin Gardner, dalam sidang media.
Gabungan angin kencang dan keadaan yang sangat kering menyebabkan selatan California berisiko tinggi untuk kebakaran hutan merebak dengan cepat.
Amaran 'Red Flag' digunakan untuk menggambarkan keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Punca kebakaran belum dapat dipastikan, tetapi pihak berkuasa akan menjalankan siasatan sebaik sahaja kebakaran berjaya dikawal.
Tiada kematian atau orang hilang dilaporkan, tetapi pihak berkuasa memaklumkan beberapa penduduk cedera, dengan beberapa orang dirawat kerana terhidu asap.
Semua sekolah di Ventura County ditutup sepanjang minggu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#California
#sekolah tutup
#penduduk dipindahkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan