awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas

Bernama
Bernama
25/12/2024
14:57 MYT
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Daripada jumlah 15,807 orang, seramai 15,691 banduan menerima pengurangan tempoh hukuman, manakala 116 yang lain dibebaskan serta-merta. - Gambar hiasan/Bernama
JAKARTA: Kementerian Imigresen dan Pembetulan Indonesia telah memberikan pengurangan hukuman khas kepada 15,807 banduan di seluruh Indonesia sempena sambutan Krismas 2024, lapor agensi berita ANTARA.
Menterinya, Agus Andrianto dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,691 banduan menerima pengurangan tempoh hukuman, manakala 116 yang lain dibebaskan serta-merta.
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
Sumatera Utara mendahului senarai wilayah dengan 3,196 banduan menerima pengurangan hukuman khas Krismas, diikuti Nusa Tenggara Timur (1,894) dan Papua (1,447).
Sumatera Utara dan Papua Barat masing-masing mencatatkan 23 pesalah juvana menerima pengurangan hukuman, jumlah tertinggi di antara semua wilayah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan
#Indonesia
#pengurangan hukuman
#Krismas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan