NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam nahas jalan raya di negeri Uttar Pradesh, India pada Khamis.

Sebuah bas dengan 70 penumpang bertembung dengan sebuah trak yang sarat dengan pasir di daerah Barabanki apabila pemandu cuba mengelak daripada merempuh seekor lembu, lapor media tempatan.

Lebih dua belas penumpang yang cedera dirawat di sebuah hospital di Lucknow, di ibu negeri.

Menurut data rasmi terkini, purata 328 orang maut di jalan raya India setiap hari.

Standard keselamatan yang rendah dan pemandu yang tidak berdisiplin merupakan antara sebab utama jumlah kematian kemalangan jalan raya tahunan yang tinggi di India.

-- BERNAMA