awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
21/12/2023
14:52 MYT
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Menurut Qalandar, pendidikan bagi wanita juga dibuka dalam program kejururawatan dan pascasiswazah. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Menteri Kesihatan Awam Afghanistan, Dr. Qalandar Ibaad Jan berkata, ini membuktikan kerajaan tidak sama sekali menghalang wanita daripada terlibat secara langsung dalam proses pembangunan negara.
“Dalam tempoh dua tahun ini, wanita dalam keadaan yang lebih selamat. Jumlah wanita yang menyumbang tenaga dalam sektor kesihatan ketika ini adalah seramai 150,000 orang.
"Ini angka yang besar dan tidak pernah dicapai oleh pentadbiran terdahulu. Ramai dalam kalangan wanita yang mempunyai kepakaran bidang yang pelbagai, diberikan peluang pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Menurut Qalandar, pendidikan bagi wanita juga dibuka dalam program kejururawatan dan pascasiswazah.
Malah jelasnya, sektor pendidikan juga menyaksikan penyertaan wanita yang tinggi sebagai tenaga pengajar iaitu hampir 200,000 guru.
“Ketika ini, pendidikan peringkat rendah berjalan seperti biasa. Kita ada hampir 200,000 guru wanita dalam sistem pendidikan, yang menerima gaji, pergi ke sekolah dan mengajar murid-murid perempuan,” katanya.
Ujarnya, Kerajaan Afghanistan memberikan penekanan yang penting kepada penyertaan wanita untuk menyumbang dalam pelbagai sektor dalam negara.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Taliban
#pendidikan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan