awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 maut, 9 parah ketika konsert K-Pop di Seoul

AFP
AFP
17/10/2014
14:59 MYT
16 maut, 9 parah ketika konsert K-Pop di Seoul
Anggota penyelamat sedang membawa seorang mangsa yang cedera selepas insiden besi pengadang udara jatuh di konsert 4Minute di Seoul - Gambar AP/Yonhap, Shin Young-geun
Enam belas orang hari ini maut manakala sembilan lagi cedera parah apabila besi pengadang lubang sistem pengudaraan runtuh ketika mereka menonton konsert kumpulan K-pop 4Minute di Seongnam, Seoul, Korea Selatan.
“Mereka sedang berdiri di atas besi pengadang lubang udara itu untuk mendapat pandangan yang lebih baik, tetapi besi pengadang itu runtuh akibat terlebih muatan,” kata jurucakap khidmat bomba tempatan kepada AFP.
Beliau berkata setakat ini 16 orang telah disahkan mati, namun jumlah itu dijangka meningkat berikutan beberapa mangsa berada dalam keadaan parah.
Dilaporkan 25 pengunjung konsert tersebut jatuh dari lokasi dari ketinggian kira-kira 10 meter.
“Tiba-tiba kedengaran jeritan yang sangat kuat dan apabila saya tengok, kelihatan seperti manusia sedang disedut ke dalam lubang,” kata saksi kepada media tempatan, YTN.
Seorang saksi pula berkata suasana kelihatan seperti “awan debu” mengepul naik dari lubang udara itu selepas besi pengadangnya jatuh.
YTN melaporkan rata-rata mangsa yang mati dan cedera terdiri daripada kalangan pelajar.
Penganjur konsert yang dihadiri lebih 700 orang ini kemudian meminta penonton beredar dari tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#4Minute
#Konsert K-pop
#Seongnam
#Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan