Skip to main content

Dunia

17 cedera penerbangan Thailand-India alami gelora di udara

FILE PHOTO: Branding for Air India is seen on an Airbus A350-900 at the Farnborough International Airshow, in Farnborough, Britain, July 24, 2024. REUTERS/Toby Melville/File Photo
Penerbangan AI2379 dari Phuket itu mengalami penurunan ketinggian secara mendadak semasa fasa penerbangan. - Gambar hiasan/REUTERS
Advertisement

HYDERABAD: Seramai 17 orang cedera selepas sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan ke Delhi dari Thailand berdepan gelora di udara pada Selasa.

Air India dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan AI2379 dari Phuket itu mengalami penurunan ketinggian secara mendadak semasa fasa penerbangan, sebelum pesawat berkenaan "meneruskan penerbangan seperti biasa" dan mendarat dengan selamat di Delhi pada 11.07 pagi waktu tempatan.

"Pesawat Airbus A320neo itu membawa 137 penumpang dan lapan kru. Daripada jumlah itu, 13 penumpang dan empat anak kapal mengalami kecederaan serta dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan," menurut Air India.

Syarikat penerbangan itu menambah bahawa pihak pengurusan telah memaklumkan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan serta Airbus, selain memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung insiden berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement