Seramai 17 pelajar kolej terbunuh dan seorang pemandu mengalami kecederaan serius selepas sebuah trak pikap yang membawa muatan berlebihan terbabas sebelum terbalik di King Kaew Road in Bang Phli, Wilayah Samut Prakan, di sini awal pagi ini.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.00 pagi semasa pelajar-pelajar dari Si Sa Ket Technical College itu sedang dalam perjalanan balik ke apartmen mereka.
Jurucakap polis, Lt Kol Samran Chuaythao berkata menurut saksi trak itu dilihat dipandu laju di jalan berkenaan sebelum ia tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahagian pejalan kaki dan merempuh dua tiang lampu dan terbalik.
"Seramai 12 pelajar terbunuh di tempat kejadian dengan mayat mereka bergelimpangan di jalan itu akibat impak kuat kemalangan, manakala lima lagi meninggal dunia di Chularat 9 Hospital akibat kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya pemandu trak berkenaan mengalami kecederaan serius dan kini menerima rawat di hospital.
"Polis sedang memerika semua rakaman CCTV di kawasan berkenaan untuk bagi menyiasat punca kejadian," tambahnya.
Pelajar-pelajar koleh Si Sa Ket Technical itu dikatakan baru tamat menjalani latihan kerja di sebuah garaj di King Kaew, Bang Phli District, dekat Bangkok, dan dalam perjalanan pulang selepas meraikan hari terakhir latihan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 29 2019

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.00 pagi semasa pelajar-pelajar dari Si Sa Ket Technical College itu sedang dalam perjalanan balik ke apartmen mereka.
AS kurangkan tentera di Syria ke bawah 1,000
Amerika Syarikat akan kurangkan jumlah tenteranya di Syria kepada kurang 1,000 anggota dalam beberapa bulan, namun kekal komited menentang ISIS dan ancaman pengganas lain.
AS sedia iktiraf Crimea milik Rusia - laporan
AS dikatakan bersedia mengiktiraf kawalan Rusia ke atas Crimea sebagai sebahagian daripada perjanjian damai dengan Ukraine, menurut laporan Bloomberg yang memetik sumber dalaman.

Remaja hampir lemas dihanyut kepala air ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota pada Jumaat.
Isu di Kg Sungai Baru berpunca daripada janji palsu kerajaan terdahulu
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai mendakwa isu yang berlaku di Kg Sungai Baru disebabkan oleh janji palsu yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. #AWANInews

11 maut, 9 cedera dalam serangan bersenjata di Ecuador
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam.
Isu Kg Sungai Baru: Ahli Parlimen terdahulu perlu beri penjelasan
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata Ahli Parlimen terdahulu perlu tampil untuk memberi penjelasan kenapa isu di kawasan Kg Sungai Baru masih berlanjutan sehingga kini.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia Airlines, Manchester United Cipta Motif Baharu
Malaysia Airlines Memperkenalkan Beberapa Ciri Menarik Bagi Meningkatkan Lagi Kehadiran Jenama Itu Di Peringkat Global.
Pemandu rentung, kereta langgar pembahagi jalan
Pemandu ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, di Pendang, Kedah, pada Jumaat.
Hospital Miri laksana pembedahan derma organ pertama tahun ini
Hospital Miri berjaya melaksanakan pembedahan pendermaan organ atau transplantasi organ pertama tahun ini.
Terus lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin - Johari Abdul
Parlimen Malaysia akan terus jadi suara lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin.

17 pelajar kolej terbunuh selepas trak pikap terbalik di Thailand
Seramai 17 pelajar kolej terbunuh dan seorang pemandu mengalami kecederaan serius selepas sebuah trak pikap yang membawa muatan berlebihan terbabas.