awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

178 individu ditahan terbabit jual, beli dadah di Seoul

Bernama
Bernama
25/08/2022
21:45 MYT
178 individu ditahan terbabit jual, beli dadah di Seoul
Kegiatan itu giat dilakukan menerusi laman web gelap, yang tidak boleh diakses oleh pelayar web biasa. - Gambar hiasan
SEOUL: Seramai 178 orang ditahan atas tuduhan menjual atau membeli ganja melalui laman web gelap dan media sosial, kata polis pada Khamis.
Daripada semua yang ditahan, 12 individu dituduh mengedar bahan narkotik itu melalui internet, terutamanya menerusi laman web gelap, yang tidak boleh diakses oleh pelayar web biasa, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Polis Metropolitan Seoul (SMPA).
SMPA berkata ia merampas 12 kilogram ganja, dan 136 gram lagi ganja sintetik, serta 302 pil ekstasi.
Daripada 166 orang lagi yang didakwa membeli dan menggunakan ganja, 151 daripada mereka berumur antara 20-an dan 30-an, kata SMPA.
Polis mengaitkan demografi itu bagi menunjukkan lebih banyak peluang untuk golongan muda membeli dan menjual dadah melalui internet dan media sosial, tambahnya.
SMPA berkata ia juga akan meneruskan tindakan tegas terhadap pengedaran dadah di internet sehingga akhir Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ganja
#Dadah
#Seoul
#web gelap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan