awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2.43 bilion vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2021
21:45 MYT
2.43 bilion vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 923 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan. -Gambar fail
LEBIH 2.43 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Selasa.
Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 923 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 312 juta dos manakala India dengan 261 juta dos vaksin.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 70 juta dos ialah United Kingdom (UK) dan Brazil.
Manakala Jerman dengan 62 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 44 dan 43 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 32 juta dos didaftarkan, jauh meninggalkan negara lain.
Filipina dan Thailand melebihi 6 juta dos.
Ini diikuti dengan Malaysia di tangga keempat dengan 4.9 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Johns Hopkins University
#daftar
#suntikan
#United Kingdom
#Indonesia
#Amerika Syarikat
#China
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan