awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,500 anjing laut hampir pupus ditemui mati

Faida Rahim
Faida Rahim
07/12/2022
04:55 MYT
2,500 anjing laut hampir pupus ditemui mati
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Russia melaporkan sebanyak 700 anjing laut ditemui mati di luar pantai sebelum jumlah itu kemudian meningkat kepada 2,500. - REUTERS/Kazbek Basayev
MOSCOW: Dianggarkan sebanyak 2,500 anjing laut yang hampir pupus ditemui mati di pantai Laut Kaspia di selatan Rusia, Sabtu lalu.
Pihak berkuasa di wilayah Dagestan Rusia melaporkan bahawa punca kematian masih tidak jelas ketika ini.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menyifatkan bahawa kemungkinan besar kejadian itu disebabkan fenomena alam semula jadi.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Russia melaporkan sebanyak 700 anjing laut ditemui mati di luar pantai sebelum jumlah itu kemudian meningkat kepada 2,500.
Dalam satu kenyataan, ketua Pusat Perlindungan Alam Sekitar Caspian (CEIC), Zaur Gapizov berkata, anjing-anjing laut itu mungkin sudah mati sejak beberapa minggu lalu dan tiada tanda ia dibunuh atau terjerat dalam pukat.
Pakar dan pendakwa raya dari Agensi Perikanan Persekutuan telah memeriksa pantai itu dan mengumpulkan data untuk penyelidikan dalam makmal kerana bahan pencemaran tidak segera dikesan.
Kematian besar-besaran membabitkan anjing laut yang disebabkan oleh alam semula jadi tidak pernah diketahui sebelum ini.
Kazakhstan yang mempunyai pantai Caspian yang panjang, melaporkan berlaku sekurang-kurangnya tiga kejadian serupa tahun ini.
Menurut CEIC, bilangan anjing laut di rantau Caspian dianggarkan kira-kira 70,000 hingga 300,000 ekor.
Topic Berkaitan
#Rusia
#anjing laut mati
#pantai Laut Kaspia
#Zaur Gapizov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan