awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN tidak kenakan penalti tahun pertama pelaksanaan STSDS
Kes kekecohan di Kampung Sungai Baru: Lapan individu akan dituduh - Polis
Pulau Pinang terus jadi tumpuan percutian, tempahan hotel capai 70 hingga 90 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2025
11:18 MYT
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Seramai 14 individu cedera dalam serangan pisau dan semburan cecair di sebuah kilang getah di bandar Mishima, tengah Jepun, petang Jumaat. -Gambar hiasan/Adobe Stock
TOKYO: Seramai 14 individu cedera dalam serangan pisau disertai semburan cecair tidak diketahui di sebuah kilang getah di bandar Mishima, Wilayah Shizuoka, tengah Jepun, petang Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seramai 14 individu cedera dalam serangan pisau disertai semburan cecair tidak diketahui di sebuah kilang getah di bandar Mishima, Wilayah Shizuoka, tengah Jepun, petang Jumaat.
  • Pegawai Jabatan Bomba menerima panggilan kecemasan daripada kilang berhampiran yang melaporkan lima atau enam orang ditikam dan terdapat penggunaan cecair seperti semburan dalam kejadian tersebut.
  • Polis Jepun telah menahan seorang lelaki di lokasi kejadian atas tuduhan cubaan membunuh.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pegawai Jabatan Bomba, Tomoharu Sugiyama, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan daripada sebuah kilang berhampiran yang melaporkan lima atau enam orang telah ditikam dan terdapat penggunaan cecair seperti semburan dalam kejadian tersebut.
“Empat belas mangsa telah dibawa oleh perkhidmatan kecemasan,” katanya kepada AFP.
Tahap kecederaan mangsa belum dapat dipastikan, namun laporan awal menyatakan kesemua mangsa berada dalam keadaan sedar.
Polis Jepun telah menahan seorang lelaki di lokasi kejadian atas tuduhan cubaan membunuh. Motif serangan masih dalam siasatan dan identiti suspek belum didedahkan.
Insiden ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Jepun yang terkenal dengan kadar jenayah kekerasan yang rendah.
Serangan rambang jarang berlaku di negara tersebut, namun beberapa kes berprofil tinggi kebelakangan ini meningkatkan keprihatinan terhadap keselamatan awam.
Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti jenis cecair yang digunakan serta kesannya terhadap mangsa.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah individu yang cedera dalam serangan di kilang getah di Mishima, Jepun? A: Seramai 14 individu dilaporkan cedera dalam serangan tersebut.
  • Q: Apakah yang dilaporkan terjadi dalam kejadian serangan di kilang getah tersebut? A: Terdapat serangan pisau disertai semburan cecair yang tidak diketahui, serta lima atau enam individu yang ditikam.
  • Q: Siapakah yang telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan cubaan membunuh? A: Seorang lelaki telah ditahan oleh polis Jepun di lokasi kejadian.

Topic Berkaitan
#Jepun
#serangan pisau
#semburan cecair
#kilang getah
#Mishima Wilayah Shizuoka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan