awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masih terdapat jurang antara Pearly - Thinaah dan Sheng Shu-Tan Ning - Rosman
Dr Mahathir nikmati kopi di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik
Dakwaan jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf tidak berasas - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 lagi mayat dipercayai mangsa tragedi feri Bali dijumpai

Bernama
Bernama
09/07/2025
10:58 MYT
2 lagi mayat dipercayai mangsa tragedi feri Bali dijumpai
Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) gabungan menemukan dua mayat yang dipercayai mangsa feri KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Pantai Pebuahan, Kabupaten Jembrana, Wilayah Bali pada pagi Rabu. - Gambar fail/REUTERS
BANYUWANGI (Indonesia): Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) gabungan menemukan dua mayat yang dipercayai mangsa feri KMP Tunu Pratama Jaya yang karam di Pantai Pebuahan, Kabupaten Jembrana, Wilayah Bali pada pagi Rabu, lapor agensi berita ANTARA.
Timbalan Operasi Mencari dan Menyelamat serta Kesiapsiagaan di Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Ribut Eko Suyanto menerima laporan daripada pasukan SAR gabungan di Pelabuhan Gilimanuk, Bali menyatakan mayat berkenaan pertama kali dijumpai oleh nelayan sebelum diserahkan kepada pasukan SAR.
"Mayat yang dipercayai mangsa feri karam itu ditemui kira-kira 7 pagi waktu tempatan, kira-kira 13 batu dari lokasi KMP Tunu Pratama Jaya karam," katanya pada sidang media di Pelabuhan Ketapang, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur.
Mayat berkenaan dijumpai kira-kira dua kilometer dari Pantai Pebuahan di Kabupaten Jembrana, Bali, dengan memakai seluar pendek biru dan kemeja-T hitam, kata Ribut.
Beliau berkata mayat kedua yang turut ditemukan di lokasi sama segera dibawa keluar oleh pasukan SAR gabungan dari Pos Kawalan Operasi Pelabuhan Gilimanuk (Bali).
"Kedua-dua mayat itu kini telah dibawa ke Hospital Kabupaten Jembrana (Bali) untuk pengecaman oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI)," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mangsa feri KMP Tunu Pratama Jaya yang karam dilanjutkan selama tiga hari bermula Rabu (9 Julai) hingga Jumaat (11 Julai) atas pertimbangan kemanusiaan.
Pasukan SAR gabungan melanjutkan operasi kerana masih ramai mangsa yang belum dijumpai dan perlu dibawa keluar, selain mengutamakan keselamatan anggota yang terlibat.
Pos Kawalan Operasi SAR Bersama dan Potensi SAR di Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi, melaporkan seramai 30 mangsa berjaya diselamatkan. Daripada 10 mayat yang dijumpai, dua ditemukan pada hari ini dan sedang menjalani proses pengecaman. Seramai 25 mangsa masih dilaporkan hilang.
KMP Tunu Pratama Jaya yang membawa 53 penumpang, 12 kru dan 22 kenderaan karam pada Rabu, 2 Julai 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri karam
#tragedi feri di Bali
#mayat dijumpai
#mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan