awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 13 cedera balkoni kelab malam runtuh

Agensi
Agensi
27/07/2019
04:46 MYT
2 maut, 13 cedera balkoni kelab malam runtuh
Setakat ini, empat mangsa yang cedera dikenalpasti sebagai warga asing dan dua daripadanya perenang serta pemain sukan polo air dari Amerika Syarikat. - Foto AP
Balkoni sebuah kelab malam di bandar raya Gwangju runtuh awal pagi tadi mengakibatkan sekurang-kurangnya dua terkorban.
Sementara, 13 lagi individu termasuk dua atlet Amerika Syarikat cedera dalam kejadian jam 2.29 pagi waktu tempatan itu.
Menurut agensi berita Yonhap, mangsa yang berusia 38 tahun dan 27 tahun maut akibat parah.
Setakat ini, empat mangsa yang cedera dikenalpasti sebagai warga asing dan dua daripadanya perenang serta pemain sukan polo air dari Amerika Syarikat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Polo Air Amerika Syarikat, Christopher Ramsey menyifatkan tragedi tersebut sebagai mengerikan.
Ketika runtuhan berlaku, katanya, pemain dari pasukan lelaki dan wanita mereka berada sedang meraikan kemenangan rakan sepasukan.
Bagaimanapun, kesemua atlet tersebut terselamat.
Difahamkan, kesemua atlet berkenaan bertanding dalam kejohanan dunia akuatik yang akan menamatkan acaranya esok.
Pegawai bomba mengesahkan beberapa atlet cedera tetapi masih terlalu awal untuk mengulas berapa ramai daripada atlet atau berapa ramai yang cedera secara keseluruhan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#balkoni kelab malam runtuh
#Balkoni runtuh
#kelab malam
#Korea
#maut
#Sukan polo air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan