awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut, 18 cedera dalam letupan enjin bot pelancong di Bali

Agensi
Agensi
15/09/2016
06:10 MYT
2 maut, 18 cedera dalam letupan enjin bot pelancong di Bali
Bot malang itu membawa 35 penumpang, kesemuanya warga asing, serta empat anak kapal. -Gambar hiasan
Dua wanita warga asing terbunuh manakala 18 yang lain cedera apabila enjin sebuah bot pelancong yang baru sahaja berlepas dari pulau Bali meletup pada pagi Khamis.
Pihak berkuasa memaklumkan letupan dipercayai berlaku pada tangki minyak bot dan bukan disebabkan oleh bom.
Menurut polis, ketika kejadian bot malang itu sedang menuju ke pulau percutian Gili Trawangan dari pelabuhan Padang Bai di timur Bali.
Seorang mangsa yang terbunuh disahkan sebagai wanita warga Austria yang meninggal dunia di hospital.
Manakala identiti mangsa kedua, seorang wanita warga asing yang maut akibat kecederaan di kepala, walau bagaimanapun, masih belum dapat disahkan.
Penumpang lain yang cedera termasuk warga Portugal, Jerman, Australia, Korea Selatan dan Britain, menurut maklumat awal daripada pihak polis.
Bot malang itu dilapor membawa 35 penumpang -- kesemuanya warga asing yang terdiri daripada 17 warga British selain beberapa rakyat Perancis, Itali, Portugal, Ireland dan Sepanyol -- bersama empat anak kapal.
"Letupan itu berlaku lima minit selepas bot bertolak," kata ketua polis Sugeng Sudarso kepada AFP, sambil menambah bahawa bot itu berada kira-kira 200 meter dari pelabuhan.
Indonesia dilapor mempunyai rekod keselamatan maritim yang teruk dan telah berlaku kejadian sama di mana tiada unsur jenayah dikesan.
Topic Berkaitan
#Bali
#enjin bot meletup
#Gili Trawangan
#pelabuhan Padang Bai
#pulau percutian
#wanita warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan