KIRA-KIRA 15 hingga 20 bayi meninggal dunia di kem pelarian di seluruh Syria pada setiap tahun sepanjang musim sejuk.
Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Dr Mohd Zin Kandar berkata, bayi-bayi tersebut maut kerana tidak dapat menahan kesejukan selepas tinggal dalam khemah yang serba daif dan tiada kemudahan alat pemanas badan.
“Keluarga pelarian ini hidup dalam keadaan miskin, bukan sahaja untuk makan, malah ada juga hidup dalam khemah dengan dinding daripada kanvas dan kain yang disambung-sambung tetapi sudah koyak serta berlubang-lubang.
“Mereka ini ada yang sudah tinggal di kem-kem pelarian di Syria sejak 10 tahun lalu.
"Dianggarkan terdapat sejuta pelarian terdiri daripada mangsa perang ditempatkan di kem-kem pelarian di negara ini sejak perang meletus,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perkembangan 18 unit rumah yang sedang dibina di daerah itu pada Jumaat, hasil kutipan pihak MyCARE dan Econsave yang disumbangkan rakyat Malaysia.
Turut hadir, Pengurus Besar Pasar Raya Econsave, Mas Imran Adam dan Penasihat MyCare Johor serta Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani.
MyCARE dan Econsave kini dalam Misi Kemanusiaan MyCARE-Econsave yang bermula dari 18 sehingga 30 Disember ini di Syria serta Yemen.
Menurut Dr Mohd Zin, daripada 18 unit tersebut, sebanyak 10 unit disumbangkan oleh Dewan Perniagaan Cina (CCC) dengan kos RM300,000 untuk 10 unit, manakala enam unit lagi dibiayai Majlis Agama Islam Perlis dan selebihnya daripada rakyat Malaysia.
Jelas beliau, pembinaan rumah tersebut dengan kerjasama Ataa Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini berjalan lancar dan dijangka siap serta boleh diduduki pada tahun depan.
“Saya menyeru lebih banyak persatuan atau majlis agama Islam menghulur sumbangan membina rumah untuk pelarian secara wakaf atau derma atau terus hubungi pihak kami,” ujarnya.
Katanya, rumah berkenaan akan diduduki keluarga pelarian untuk tempoh masa tertentu dan apabila sudah boleh berdikari serta kehidupan mereka stabil, kediaman itu akan diduduki keluarga pelarian yang lain.
“Kita ada rakan pelaksana projek perumahan ini iaitu Ataa Foundation di Syria.
"Kita lihat sendiri lebih sejuta pelarian hidup daif dengan infrastruktur tidak sesuai dalam kem-kem pelarian di sini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Ataa Foundation, Muhammad Abdul Latif berkata, sejak 2015, sebanyak 9,000 unit rumah untuk pelarian sudah dibina sehingga kini di kawasan utara Syria.
Menurutnya, sebanyak sembilan buah sekolah pula telah dibina untuk anak-anak pelarian dan pihak MyCARE serta Econsave yang membiayai pembinaan sekolah di Azaz akan membina dua buah lagi sekolah di Azaz dan Albab pada masa depan.
“Selain itu, Ataa sedang mencari pihak yang boleh membantu menyumbang makanan di kem-kem pelarian di Syria susulan Program Makanan Sedunia (WFP) iaitu agensi bantuan makanan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menamatkan pengedaran makanan pada Januari 2024 kerana kekurangan dana.
“Kami akan cuba mencari jalan penyelesaian supaya tiada pelarian yang akan kebuluran,” kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 23 2023
Dr Mohd Zin (kiri) dan Mas Imran mengikat batu sebuah rumah dalam pembinaan untuk pelarian di bandar Albab, Syria pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
MyCare kutip RM1 juta untuk Palestin
MyCare berjaya mengumpul sumbangan RM1 juta untuk disalurkan dalam bentuk kewangan, perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin.
'Doa dan solidariti, bantu kami sebar kebenaran', rayu penduduk Palestin
Ziad menggesa umat Islam bersatu dalam menyebarkan kepada dunia situasi sebenar yang sedang dihadapi rakyat Palestin.
MyCare sasar sumbangan RM3.5 juta untuk komuniti Islam kurang bernasib baik
Kempen MyRamadan turut memperuntukkan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia seperti ibu bapa tunggal, anak yatim dan OKU.
MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda
Tindakan merampas kapal Al-Awda dan membawa anak kapalnya masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan.
"Nak hantar bantuan bagaimana? Misi bantuan kemanusiaan disekat Bashar"
Itu antara luahan dan pendedahan yang dikongsikan Naib Presiden Syria Care, Ustaz Rizal Ali ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu mengenai nasib-nasib penduduk bumi Ghouta.
Women's Boat to Gaza menghampiri perairan Gaza
Dr Fauziah Mohd Hasan bersama 12 aktivis kemanusiaan lain dijangka memasuki perairan Gaza, Palestin kira-kira 11 pagi esok waktu Malaysia.