awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 juta pelancong dijangka lawat Thailand, jana pendapatan AS$64.5 bilion

Bernama
Bernama
10/12/2022
23:00 MYT
20 juta pelancong dijangka lawat Thailand, jana pendapatan AS$64.5 bilion
Prayuth Chan o-cha pada acara "Amazing Thailand 10 Million Celebrations" di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Sabtu. -Bernama
BANGKOK: Thailand dijangka mengalu-alukan kedatangan 20 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak 2.38 trilion baht (AS$64.5 bilion) pada tahun depan.
Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan kerajaan itu dijangka menjana pendapatan melalui sektor pelancongan antarabangsa sebanyak 1.5 trilion baht tahun depan.
"Ini mewakili pulangan 80 peratus ketika prapandemik pada 2019," menurut kenyataan itu.
Thailand, antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, telah dikunjungi hampir 40 juta orang pada 2019.
Bagaimanapun, industri pelancongan hampir merudum akibat pandemik COVID-19 hingga memaksa negara itu memperkenalkan syarat kemasukan yang ketat dan mahal.
Industri pelancongan Thailand dilihat bertambah baik dengan ketibaan 10 juta pelancong antarabangsa sehingga menjana pendapatan lebih 500 bilion baht pada tahun ini.
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha dalam ucapan alu-aluannya semasa "Amazing Thailand 10 Million Celebrations" di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada Sabtu berkata pencapaian 10 juta pengunjung sebelum akhir tahun adalah petanda jelas bahawa Thailand sebagai destinasi pelancongan pilihan.
"Ia juga melambangkan status negara ini, menjadi antara destinasi percutian paling popular di dunia," katanya.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn berkata pencapaian 10 juta pelancong tahun ini merupakan penanda aras yang penting dalam mencerminkan kejayaan pemulihan industri pelancongan Thailand.
"Ini adalah pencapaian hasil usaha bersepadu semua pihak berkepentingan dalam sektor awam dan swasta.
"Thailand telah merancang dengan teliti bagi pembukaan semula sempadan dengan mengalu-alukan pelancongan antarabangsa pada 1 Okt, bermula pelancaran Phuket Sandbox pada Julai 2021 sehingga membawa kepada pencapaian 10 juta ketibaan," katanya.
Acara The Amazing Thailand 10 Million Celebrations, yang dianjurkan TAT dengan kerjasama rakan kongsi termasuk sektor awam dan swasta, diadakan di tujuh lapangan terbang antarabangsa di Bangkok (Suvarnabhumi dan Don Mueang), Phuket, Krabi, Chiang Mai, U-Tapao, dan Samui, serta dua pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla (Sadao) dan Nong Khai. (US$1 = 34.67 baht)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pelancongan
#Bangkok
#Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand
#Amazing Thailand 10 Million Celebrations
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan