Skip to main content

Dunia

20 pekerja maut dalam letupan kilang bunga api di Tamil Nadu

Sumber: REUTERS
Sekurang-kurangnya 20 pekerja maut di negeri Tamil Nadu, India pada Ahad dalam satu letupan di sebuah kilang pembuatan bunga api. - Gambar Reuters

HYDERABAD: Sekurang-kurangnya 20 pekerja maut di negeri Tamil Nadu, India pada Ahad dalam satu letupan di sebuah kilang pembuatan bunga api.

Kejadian berlaku di Kattanarpatti di Virudhunagar, sebuah daerah yang dikenali sebagai hab pembuatan bunga api yang digunakan dalam festival keagamaan dan perkahwinan di India.

Advertisement

Letupan itu mungkin berpunca daripada geseran semasa proses pencampuran bahan kimia, lapor media tempatan yang memetik pihak polis.

Terdapat kira-kira 30 pekerja di lokasi kejadian semasa letupan itu berlaku.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video