21 ditahan di Hong Kong, terlibat rasuah penyelenggaraan bangunan

Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) Hong Kong mengumumkan pada Jumaat penahanan 21 individu dalam satu operasi penguatkuasaan undang-undang yang menyasarkan sindiket rasuah penyelenggaraan bangunan. - Foto REUTERS
HONG KONG: Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) Hong Kong mengumumkan pada Jumaat penahanan 21 individu dalam satu operasi penguatkuasaan undang-undang yang menyasarkan sindiket rasuah penyelenggaraan bangunan, lapor Xinhua.
Operasi berkenaan melibatkan dua projek pengubahsuaian besar di Daerah Kwun Tong, Hong Kong. Antara yang ditahan ialah 15 lelaki dan enam wanita, berusia antara 30 hingga 81 tahun.
Individu yang ditangkap termasuk orang tengah, perunding projek, kontraktor projek, dan ahli perbadanan pemilik bangunan. Menurut ICAC, sebahagian daripada mereka yang ditahan mempunyai latar belakang kumpulan kongsi gelap (triad).
ICAC menyatakan bahawa pihaknya sentiasa memberi keutamaan tinggi terhadap kes rasuah dalam penyelenggaraan bangunan dan telah melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.
Selain itu, agensi berkenaan turut melakukan campur tangan proaktif tepat pada masanya dan bekerjasama rapat dengan jabatan serta organisasi lain dalam memerangi rasuah dan amalan menyalahi undang-undang yang lain dalam kerja-kerja berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


