awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22,000 pekerja diambil bantu lancar ibadah haji

Agensi
Agensi
29/05/2023
02:00 MYT
22,000 pekerja diambil bantu lancar ibadah haji
Seramai 22,000 pekerja telah diupah oleh Majlis Perbandaran Mekah bagi membantu meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji musim ini. - Gambar fail AFP
RIYADH: Seramai 22,000 pekerja telah diupah oleh Majlis Perbandaran Mekah bagi membantu meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah haji musim ini.
Jurucakapnya, Osama Zaituni berkata, pihak berkuasa itu juga telah menggerakkan semua keupayaan manusia dan kapasiti mekanikal serta sokongan pasukan bantuan termasuk keselamatan awam dan petugas kesihatan sementara, lapor portal Arab News.
Tidak ketinggalan sejumlah besar peralatan dan jentera juga dipersiapkan untuk menyediakan perkhidmatan tahap tertinggi kepada jemaah haji.
Menurut Zaituni, majlis bandaraya itu turut menyediakan 13 sub-perbandaran dan tiga perbandaran anak syarikatnya serta 28 pusat perkhidmatan di kota Mekah yang terletak secara geografi untuk meliputi seluruh kawasan tempat-tempat suci dan menyediakan semua peralatan dan tenaga kerja yang diperlukan.
Sementara pengambilan 22,000 pekerja itu pula meliputi semua bidang.
Sementara itu, Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada hari Sabtu telah menerima kumpulan pertama jemaah haji dari Nigeria.
Sementara jemaah haji dari Iran pula tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di Madinah.
Jabatan Imigresen Arab Saudi memaklumkan, kesediaan untuk mengurus dengan efektif prosedur bagi jemaah semasa musim hajin di semua lapangan terbang, sempadan darat, dan pelabuhan laut.
Jabatan itu juga mengulangi komitmen untuk menggunakan semua sumber yang sedia ada selain memudahkan proses masuk bagi kemasukan jemaah haji, termasuk penggunaan peranti terkini di pelabuhan untuk mempercepatkan operasi.
Topic Berkaitan
#Haji
#musim haji 1444 hijrah
#Majlis Perbandaran Mekah
#jemaah haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan