KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi menerima pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 pada 23 September 2026.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pemakluman itu diterima daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum melalui surat bertarikh 22 September 2026.
"Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN tersebut.
"Sehubungan dengan itu, satu Mesyuarat Khas untuk membincangkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka Ke-16 akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian," jelas kenyataan itu.
DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa Rabu, bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan perkara itu pada sidang media di Seri Negeri pada Selasa
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.