awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25,000 sertai himpunan pro-Palestin di Jambatan Sydney Harbour - Laporan

Bernama
Bernama
03/08/2025
13:45 MYT
25,000 sertai himpunan pro-Palestin di Jambatan Sydney Harbour - Laporan
Polis menganggarkan kira-kira 25,000 peserta menyeberangi jambatan ikonik itu dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang. - AP
SYDNEY: Ribuan penunjuk perasaan pro-Palestin membanjiri Jambatan Sydney Harbour pada Ahad bagi membantah operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza serta mengetengahkan keadaan di wilayah yang dilanda konflik itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis menganggarkan kira-kira 25,000 peserta menyeberangi jambatan ikonik itu dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, menurut agensi berita Australian Associated Press (AAP).
Ahli politik Australia, kebanyakannya daripada Parti Buruh yang memerintah, turut serta dalam perarakan itu. Pengasas WikiLeaks Julian Assange turut menyertai bantahan berkenaan.
Polis sebelum itu telah memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap sebarang tanda-tanda keganasan.
Ketua Menteri New South Wales Chris Minns - negeri di mana Sydney terletak - sebelum ini menentang penganjuran perarakan berkenaan kerana bimbang bandar terbesar Australia itu boleh menjadi huru-hara.
Bekas Menteri Luar Bob Carr yang menyertai perarakan itu berkata rakyat Australia "mahu sekatan kemanusiaan kerajaan Netanyahu dihentikan, kebuluran dan pembunuhan ditamatkan."
Menurut pihak berkuasa kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza, lebih 60,000 orang telah terbunuh - kebanyakannya dalam operasi ketenteraan Israel pada Oktober 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tunjuk perasaan
#demonstrasi
#Jambatan Sydney Harbour
#Australia
#Gaza
#pro-Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan