awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rejab gamit lebih 25 juta pengunjung ke Masjid Nabawi
TPM Ahmad Zahid harap karya Malaysia mudah tembusi pasaran Indonesia
Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

270,000 kanak-kanak berdepan risiko serius susulan cuaca sejuk melampau di Afghanistan

Bernama
Bernama
23/01/2026
20:45 MYT
270,000 kanak-kanak berdepan risiko serius susulan cuaca sejuk melampau di Afghanistan
Suhu musim sejuk yang membeku menambahkan lagi kesukaran terhadap situasi kemanusiaan yang sudah parah. - Gambar fail Reuters
KARACHI: Cuaca sejuk yang berterusan, disertai salji lebat, telah mendedahkan 270,000 kanak-kanak di Afghanistan kepada risiko "serius" untuk menghidap penyakit yang mengancam nyawa, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
Agensi PBB itu dalam satu kenyataan memaklumkan, salji lebat memburukkan lagi keadaan kritikal kanak-kanak yang terjejas akibat gempa bumi tahun lalu di timur Afghanistan, apabila suhu musim sejuk yang membeku menambahkan lagi kesukaran terhadap situasi kemanusiaan yang sudah parah.
Pendedahan yang berpanjangan terhadap keadaan sejuk dan lembap meningkatkan risiko jangkitan pernafasan, hipotermia dan penyakit lain yang boleh dicegah, menurut kenyataan itu.
Kanak-kanak yang tinggal di penempatan sementara terdedah secara khusus kepada hujan, salji dan sanitasi yang teruk sekali gus meningkatkan risiko kesihatan, menurut kenyataan itu.
UNICEF juga mengumumkan yang United Kingdom menderma GBP8 juta (AS$10.8 juta) untuk menangani isu pemakanan kanak-kanak di Afghanistan.
Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan tiga lagi cedera dalam masa dua hari lalu akibat salji lebat dan hujan yang melanda beberapa wilayah di Afghanistan.
Cuaca ekstrem ini menjejaskan penduduk di wilayah timur Parwan, Wardak, selatan Kandahar , utara Jawzjan, Faryab dan tengah Bamiyan.
Jabatan Meteorologi meramalkan yang hujan dan salji akan berterusan di kebanyakan kawasan dalam beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca sejuk
#cuaca ekstrem
#Kanak-kanak
#Afghanistan
#risiko kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan