awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

28 peratus wanita, kanak-kanak jadi mangsa serangan seksual - UNHCR

Agensi
Agensi
10/02/2018
03:33 MYT
28 peratus wanita, kanak-kanak jadi mangsa serangan seksual - UNHCR
Susulan itu tandas dan bilik mandi di kem-kem terbabit diletakkan amaran penggunaannya ketika waktu gelap.
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Greece menyediakan beberapa penempatan sementara beserta tandas dan bilik mandi berasingan untuk golongan pelarian wanita dan kanak-kanak.
Ia susulan peningkatan keganasan seksual yang dialami golongan itu sejak mendiami hampir 180 buah kem penempatan sementara yang berada di pulau tersebut.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian UNHCR, Cecile Pouilly, terdapat laporan yang mendedahkan berlakunya keganasan seksual melibatkan kanak-kanak dan wanita di kem-kem terbabit.
Menurut Pouilly perkara itu mengakibatkan golongan terbabit terutama yang berada kem di Pulau Lasvos dan Samos yang tidak menyediakan tandas asing untuk wanita.
"Pada tahun 2017, UNHCR menerima laporan daripada 622 mangsa keganasan seksual dan jantina (SGBV) di Greece, yang mana sekurang-kurangnya 28 peratus mengalami SGBV selepas tiba di negara itu.
"Keadaan ini paling membimbangkan di Pusat Penerimaan dan Pengenalpastian (RIC) Moria dan Vathy di pulau-pulau Lesvos dan Samos, yang mana beribu-ribu pelarian terus tinggal di tempat yang tidak sesuai dengan keselamatan yang tidak mencukupi," jelasnya yang turut memaklumkan laporan keganasan seksual tertinggi yang dicatatkan setakat ini adalah di Moria.
Susulan itu tandas dan bilik mandi di kem-kem terbabit diletakkan amaran penggunaannya ketika waktu gelap.
"Di kedua-dua pusat ini, bilik mandi dan tandas adalah zon larangan selepas waktu gelap untuk wanita dan kanak-kanak.
"Malah mandi pada siang hari juga boleh mendatangkan bahaya," jelasnya.
Pouilly turut mengucapkan terima kasih kepada usaha yang dijalankan Greece dalam usaha memindahkan pelarian di kem-kem yang penuh sesak sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Greece
#Kanak-kanak
#keganasan
#keselamatan
#mangsa
#PBB
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan