awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 cedera ditikam di Universiti Kebangsaan Australia

Bernama
Bernama
18/09/2023
12:37 MYT
3 cedera ditikam di Universiti Kebangsaan Australia
Tiga individu telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan berikutan insiden tikam yang didakwa berlaku di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) pada Isnin. - Gambar hiasan
CANBERRA: Tiga individu telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan berikutan insiden tikam yang didakwa berlaku di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) di sini pada Isnin, lapor media kerajaan.
Anggota polis dan ambulans telah dikejarkan ke kampus ANU di Canberra kira-kira 2.45 petang waktu tempatan pada Isnin berhubung insiden tikaman itu, Xinhua memetik laporan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
Jurucakap Australian Capital Territory (ACT) Policing memberitahu ABC bahawa tiga orang telah dibawa ke hospital dan seorang ditahan berhubung kejadian itu.
Daripada mereka yang dibawa ke hospital, dua cedera ditikam manakala seorang lagi didakwa diserang.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial, ANU meminta orang ramai untuk menjauhi kawasan Fellows Oval di kampus itu di pinggir bandar Canberra.
"Terdapat insiden di kampus," katanya.
"Polis berada di tempat kejadian dan keadaan terkawal, dengan seorang individu ditahan."
ABC melaporkan polis mahupun universiti tidak dapat mengesahkan jika individu yang terlibat dalam kejadian itu adalah pelajar atau kakitangan ANU.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: Australia, universiti, insiden tikam
Topic Berkaitan
#cederan ditikam
#universiti
#Australia
#Canberra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan