awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 daripada 10 orang di dunia tidak ada kemudahan air dan sabun untuk cuci tangan - UNICEF

Bernama
Bernama
16/10/2021
05:16 MYT
3 daripada 10 orang di dunia tidak ada kemudahan air dan sabun untuk cuci tangan - UNICEF
Menurut UNICEF, satu pertiga kemudahan rawatan kesihatan di dunia juga tidak mempunyai kemudahan asas untuk mencuci tangan. - Gambar hiasan
NEW YORK: Kira-kira tiga daripada 10 atau 2.3 bilion orang di dunia tidak mempunyai kemudahan air dan sabun di rumah untuk mencuci tangan, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Jumaat.
Lebih enam daripada 10 orang terutamanya di negara kurang maju tidak mempunyai akses kepada kebersihan asas untuk mencuci tangan, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik laporan UNICEF sempena Hari Mencuci Tangan Global (Global Handwashing Day) yang disambut pada 15 Okt.
Dianggarkan dua daripada lima sekolah di seluruh dunia tidak mempunyai perkhidmatan kebersihan asas dengan air dan sabun, membabitkan 818 juta pelajar.
Selain itu, 462 juta pelajar bersekolah tanpa mempunyai kemudahan itu.
Di negara kurang maju, tujuh daripada 10 sekolah tidak mempunyai tempat untuk kanak-kanak mencuci tangan.
Menurut UNICEF, lebih menyedihkan, satu pertiga kemudahan rawatan kesihatan di dunia juga tidak mempunyai kemudahan asas untuk mencuci tangan.
Walaupun ada sedikit kemajuan dicapai sejak 2015, jika trend berkenaan masih berterusan kemungkinan kira-kira 1.9 bilion orang tidak akan dapat akses kepada kemudahan itu menjelang akhir dekad ini.
Kos untuk menyediakan kemudahan membersihkan tangan di semua kediaman di 46 negara kurang maju menjelang 2030 dianggarkan bernilai US$11 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Mencuci Tangan Global
#cuci tangan
#UNICEF
#negara kurang maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan