LONDON: Tiga lelaki warga Britain didapati bersalah atas kesalahan mencuri pasu antik Dinasti Ming China bernilai AS$2.5 juta.
Artifak yang asalnya dicuri dari Muzium Seni Timur Jauh di Geneva, Switzerland itu berjaya ditemui menerusi satu operasi polis, lapor Agensi Anadolu memetik Polis Metropolitan pada Sabtu.
"Kesemua suspek ditangkap dan didakwa berhubung kes pecah rumah pada Jun 2019 membabitkan kehilangan pasu Dinasti Ming Cina dari Muzium Seni Timur Jauh di Geneva," menurut polis dalam satu kenyataan.
Individu yang disabitkan kesalahan, Mbaki Nkhwa (47), Kaine Wright (26), dan David Lamming (31), didapati bersalah pada Jumaat kerana bersubahat menukar harta jenayah. Keputusan itu dijatuhkan di Mahkamah Southwark Crown di London.
Sabitan itu susulan kerjasama menyeluruh selama empat tahun antara Polis Metropolitan dan penguatkuasa undang-undang Switzerland, yang akhirnya membawa kepada pasu antik tersebut selamat kembali ke muzium Switzerland.
Artifak yang dicuri, 'pasu' porselin putih, dihasilkan secara teliti semasa pemerintahan Yongle Dinasti Ming, mempunyai sejarah menjangkau berabad-abad lamanya.
Hukuman ke atas Nkhwa, Wright, dan Lamming akan diputuskan oleh mahkamah pada 13 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Hukuman ke atas Nkhwa, Wright, dan Lamming akan diputuskan oleh mahkamah pada 13 Okt. - Gambar hiasan
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
'TREAD the Globe' sah berhubung dengan PDRM
Pasangan pelancong itu berkata rakaman video, tarikh, masa dan lokasi kejadian yang tidak disunting telah diberikan kepada PDRM.
3 lelaki Britain didapati salah curi pasu Dinasti Ming bernilai AS$2.5 juta
Tiga lelaki warga Britain didapati bersalah atas kesalahan mencuri pasu antik Dinasti Ming China bernilai AS$2.5 juta.
Keluarga mangsa nahas Ethiopian Airlines fail 'keputusan pembunuhan tidak sah' pada inkues
Peguam untuk keluarga itu akan mendapatkan "keputusan membunuh secara tidak sah" pada inkues yang akan bermula di Horsham pada Isnin.
Lelaki warga Britain ditahan panjat bangunan pencakar langit di Seoul
Seorang lelaki warga Britain ditahan ketika memanjat bangunan pencakar langit kelima tertinggi di dunia di Korea Selatan, tanpa mengenakan abah-abah (harness)
Sepanyol catat kes kedua koronavirus, libatkan lelaki warga Britain
Mangsa warganegara British dipercayai dijangkiti ketika sedang bercuti di sebuah resort ski di Perancis bersama isteri dan dua lagi anaknya.
Bekas penasihat media Najib didakwa atas dua tuduhan pengubahan wang haram RM15 juta
SPRM membawa kes itu secara in absentia bagi mendapatkan waran tangkap terhadap lelaki warga Britain itu yang dikatakan telah melarikan diri dari Malaysia selepas kekalahan Najib pada PRU14 lepas.
Polis tahan seorang lagi suspek kes pukul warga Britain
Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pergaduham melibatkan seorang mangsa warga Britain di Jalan Penang di sini pagi semalam.
Lebih separuh warga Britain kini mahu terus kekal dalam EU - Tinjauan pendapat
Hasil tinjauan terbaharu itu dilihat bertentangan dengan keputusan referandum tahun lalu.
'Malaysia ada banyak makanan best, tapi ramai tak tahu'
Maklumat berkenaan tempat pelancongan dan lokasi makanan terkenal di setiap negeri perlu ditambah baik bagi memudahkan pelancong berkunjung.