Skip to main content

Dunia

3 maut selepas terjun dari kilang terbakar di Indonesia

[TB]_kebakaran kilang PT Evyap Sabun Indonesia_X @ArsyCrown
Advertisement

JAKARTA: Tiga pekerja binaan maut selepas terjun dari tingkat enam sebuah kilang yang terbakar di wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada Khamis, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.

Jurucakap polis tempatan Verry Purba berkata kebakaran berlaku kira-kira 10 pagi waktu tempatan di sebuah kilang sabun yang dikendalikan Evyap Sabun Indonesia di Kawasan Ekonomi Khas Sei Mangkei, daerah Simalungun.

Mangsa yang berusia 26 hingga 43 tahun merupakan pembantu tukang kimpal yang bekerja untuk kontraktor pembinaan. Mereka terjun dari tingkat enam selepas api dan asap sampai ke kawasan tempat mereka bekerja, selain terdengar bunyi seperti letupan, kata Purba.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami ketika terjatuh selepas dibawa ke hospital.

Maklumat awal menunjukkan kebakaran bermula di tingkat tiga atau empat. Anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran itu lebih tiga jam selepas ia tercetus manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement