Skip to main content

Dunia

3 pegawai tentera Korea Selatan cedera dalam letupan di DMZ

Menurut JCS, letupan itu berlaku di selatan Garis Pemisahan Tentera (MDL) di bahagian barat DMZ. - Gambar fail/ Reuters
Menurut JCS, letupan itu berlaku di selatan Garis Pemisahan Tentera (MDL) di bahagian barat DMZ. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

SEOUL: Tiga pegawai tentera cedera pada Isnin dalam satu insiden letupan yang belum dikenal pasti puncanya ketika operasi pencarian di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan Korea Selatan dan Korea Utara, menurut Ketua Turus Bersama (JCS), lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut JCS, letupan itu berlaku di selatan Garis Pemisahan Tentera (MDL) di bahagian barat DMZ pada awal hari berkenaan.

Pihak tentera tidak menyatakan punca kejadian itu, namun insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada ranjau letupan darat.

Advertisement

Menurut JCS, dua pegawai yang cedera dibawa ke hospital menggunakan helikopter kecemasan.

-- BERNAMA-YONHAP

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement