awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

32 peratus rakyat Korea Selatan berpendapat tidak perlu penyatuan dengan Korea Utara

Bernama
Bernama
08/11/2023
23:00 MYT
32 peratus rakyat Korea Selatan berpendapat tidak perlu penyatuan dengan Korea Utara
Penyatuan dengan Korea Utara tidak perlu menurut 32 peratus rakyat Korea Utara iaitu skor tahap tertinggi sepanjang masa sejak pengundian bermula pada awal 2015. - Gambar hiasan/REUTERS
MOSCOW: Penyatuan dengan Korea Utara tidak perlu menurut 32 peratus rakyat Korea Utara iaitu skor tahap tertinggi sepanjang masa sejak pengundian bermula pada awal 2015, lapor Sputnik memetik laporan agensi berita Yonhap pada Rabu.
Sebanyak 48 peratus lagi responden menganggap jiran utara itu sebagai negara musuh, manakala 42 peratus berpendapat Pyongyang adalah rakan kongsi untuk kerjasama dan bantuan.
Mengenai situasi keselamatan di rantau ini, 52.3 peratus daripada responden menyifatkannya sebagai tidak stabil dengan 42.6 peratus berpendapat sebaliknya.
Sebanyak 44.3 responden yang ditanya mengenai pakatan antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat berkata hubungan perlu diperluas, 36.9 peratus mahu kekal pada tahap yang sama, manakala hanya 16 peratus berpendapat ia perlu dikurangkan.
Hasil tinjauan itu juga menunjukkan kebimbangan Korea Selatan terhadap perkembangan kerjasama ketenteraan Rusia dan Korea Utara, dengan 71.4 peratus berkata mereka bimbang tentang kemungkinan pertukaran senjata dan latihan ketenteraan bersama antara Moscow dan Pyongyang, dan 42.3 peratus menyatakan "sangat" bimbang.
Tinjauan itu dijalankan oleh Majlis Penasihat Penyatuan Aman, sebuah badan perundingan presiden yang ditubuhkan untuk merangka dasar mengenai penyatuan yang demokratik dan aman, dalam kalangan 1,000 orang dewasa Korea Selatan dari 15 hingga 17 Sept 2023.
Pada pertengahan September, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un melakukan lawatan lima hari ke Rusia, yang pertama sejak 2019 untuk bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin, Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu dan memeriksa pesawat tentera Rusia.
Kremlin berkata tiada perjanjian ditandatangani hasil pertemuan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyatuan
#Korea Utara
#Korea Selatan
#negara musuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan