Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Deepavali: KPT benar PdP dalam talian dari 5 hingga 13 Nov

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari 5 hingga 13 Nov ini bersempena dengan sambutan Deepavali pada 8 Nov.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari 5 hingga 13 Nov ini bersempena dengan sambutan Deepavali pada 8 Nov.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Tinggi membenarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam talian atau hibrid di IPTA dari 5 hingga 13 November sempena Deepavali.
  • Kemudahan ini diberikan kepada pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu untuk pulang ke kampung dan bersama keluarga semasa perayaan.
  • Pelaksanaan tertakluk kepada keperluan program akademik institusi masing-masing bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari 5 hingga 13 Nov ini bersempena dengan sambutan Deepavali pada 8 Nov.

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemudahan itu diberikan kepada pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di semua universiti awam, politeknik dan kolej komuniti bagi memberikan ruang kepada mereka pulang ke kampung halaman, serta meluangkan masa bersama keluarga.

"Bagaimanapun, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik di institusi masing-masing bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik tidak terjejas," menurut kenyataan itu.

Advertisement

Inisiatif itu mencerminkan keprihatinan KPT terhadap kebajikan warga pendidikan tinggi, di samping meraikan kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi asas keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Pihak kementerian turut mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh pelajar, tenaga akademik, warga kementerian serta rakyat Malaysia beragama Hindu.

Advertisement

"Semoga perayaan Pesta Cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua," menurut KPT.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement