awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh 5 jam selepas serangan Israel

Bernama
Bernama
18/03/2025
07:55 MYT
322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh 5 jam selepas serangan Israel
Lebih 322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel melancarkan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa. -Reuters
ANKARA: Pihak berkuasa Gaza melaporkan bahawa lebih 322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel kembali melancarkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.

Ringkasan AI
  • Lebih 322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel melancarkan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa.
  • Serangan berlaku dalam keadaan sekatan masih dikenakan ke atas Gaza, menyebabkan lebih 2.4 juta penduduk terputus bekalan keperluan asas.
  • Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka telah melancarkan serangan udara terbesar ke atas Gaza sejak gencatan senjata dengan Hamas berkuat kuasa pada 19 Januari, lapor Anadolu Ajansi.
"Kekejaman ini sekali lagi membuktikan bahawa tentera penjajah Israel hanya memahami bahasa pembunuhan, kemusnahan dan genosid," menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa serangan berlaku dalam keadaan sekatan masih dikenakan ke atas Gaza serta semua lintasan sempadan ditutup, memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan menyebabkan lebih 2.4 juta penduduk terputus bekalan keperluan asas.
Mereka menyeru masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan hak asasi manusia, agar segera bertindak menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini.
Sementara itu, tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas bagi mencapai matlamat perang seperti yang ditetapkan oleh kepimpinan politik.
Sebaliknya, Hamas menuduh kerajaan Israel mengisytiharkan perang ke atas Gaza dengan memungkiri perjanjian gencatan senjata.
Walaupun gencatan senjata telah dipersetujui, pihak berkuasa Gaza sebelum ini melaporkan bahawa tentera Israel terus melakukan pelanggaran hampir setiap hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#serangan udara terbesar
#gencatan senjata
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan