awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2024
02:30 MYT
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang berterusan meningkat kepada 34,454. - Foto fail/REUTERS
PUSINGAN konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
Menurut pegawai kanan Perkhidmatan Tindakan Lombong PBB (UNMAS), Pehr Lodhammar, terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
"Apa yang kami tahu, kami menganggarkan 37 juta tan serpihan, iaitu lebih kurang 300kg serpihan setiap meter persegi. 65 peratus daripada bangunan yang musnah adalah bangunan kediaman.
"Anggaran telah dibuat berdasarkan jumlah semasa daripada banyak serpihan di Gaza dan dengan 100 trak, kita bercakap tentang 14 tahun bekerja dengan 100 trak," katanya.
Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang berterusan meningkat kepada 34,454.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, tentera Israel telah melakukan tujuh operasi ketenteraan dalam tempoh 24 jam lalu yang membunuh 66 rakyat Palestin dan mencederakan 138 yang lain.
Ini menjadikan jumlah kecederaan meningkat kepada 77,575 sebagai tambahan kepada angka kematian sejak konflik Israel-Hamas meletus pada 7 Oktober 2023.
Topic Berkaitan
#Serpihan
#bangunan runtuh
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan