MEXICO CITY:Sebanyak 4,863 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Mexico pada Sabtu, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 757, 953 kes.

Selain itu, Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan sebanyak 388 kematian lagi dicatatkan.

Ia sekali gus menyaksikan kadar kematian berkait COVID-19 di negara itu meningkat kepada 78,880 kematian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menjangkakan angka sebenar lebih tinggi berikutan ujian yang dijalankan adalah terhad.

DI CHINA, sebanyak 16 kes baharu COVID-19 direkodkan di China pada Sabtu, berbanding 10 kes pada hari sebelumnya.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan memaklumkan, semua jangkitan baharu adalah kes import.

Selain itu, China turut melaporkan 26 kes baharu yang tidak menunjukkan gejala.

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian baharu direkodkan di Tanah Besar itu, menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 4,634.

Setakat ini, China merekodkan 85,450 kes COVID-19, sementara kumulatif kes di seluruh dunia adalah melebihi 34.8 juta kes.