awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
12/11/2024
14:30 MYT
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semasa Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Beliau berkata penyasaran subsidi dalam sektor kesihatan dapat membantu menjana pendapatan kerajaan memandangkan caj dikenakan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dianggarkan hanya 10 peratus daripada caj pasaran semasa.
Dzulkefly berkata KKM bersedia melakukan kajian lebih teliti mengenai jumlah kelompok T15 yang datang mendapatkan rawatan di fasiliti KKM dan menentukan dasar bersesuaian kepada mereka ketika menerima rawatan di hospital awam.
"Pada akhirnya yang menjadi keutamaan KKM adalah penawaran rawatan yang adil dan saksama dari segi status pendapatan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi KKM di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas berkata penyasaran subsidi akan turut melibatkan kesihatan awam dengan golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital kerajaan.
Anwar berkata penjimatan diraih dapat dimanfaat bagi membiayai peranti perubatan untuk pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam.
Mengenai pelaksanaan program Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) bertujuan membantu pengguna membuat pilihan lebih sihat dengan memilih makanan dan minuman yang mempunyai logo HCL, Dzulkefly berkata 791 produk telah berjaya mendapat pengiktirafan HCL hingga Oktober lepas.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 565 daripadanya adalah produk minuman dan 118 produk kumpulan susu dan produk tenusu manakala 108 produk bijirin, kacang dan bijian, sos, produk ikan dan makanan siap saji seperti makanan sejuk siap pek.
"Sebagai kesinambungan, KKM sedang memperluas program HCL kepada menu hidangan makanan dan minuman yang disediakan di premis makanan iaitu Healthier Dining Program (MyChoice)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyasaran subsidi
#kesihatan awam
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan