awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 lelaki ditahan rakam aksi lucah tetamu hotel di Korea Selatan

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2019
21:55 MYT
4 lelaki ditahan rakam aksi lucah tetamu hotel di Korea Selatan
Permintaan menonton video rakaman curi dianggap sebagai satu wabak penyakit di Korea Selatan. - Gambar hiasan
EMPAT lelaki di Korea Selatan ditahan atas tuduhan merakam 1,600 tetamu hotel secara rahsia dan menjualnya di internet.
Mereka dilaporkan mengaut keuntungan sebanyak AS$6,200 (kira-kira RM25,000).
Rakaman dibuat apabila mereka menyembunyikan kamera mini di dalam TV, pengering rambut dan soket.
Video seks dan bogel yang dirakam secara rahsia semakin mendapat permintaan ramai di Korea Selatan sehingga ia dianggap sebagai satu wabak.
Kegilaan ini turut mendorong warga Korea Selatan melancarkan protes terhadap tindakan merakam secara rahsia.
Memetik laporan BBC, polis tempatan memberitahu, tertuduh memasang lensa kamera 1mm Ogos tahun lalu di 30 lokasi hotel yang berbeza di 10 bandar negara itu.
Pada November, sebuah laman web dibina untuk membolehkan pelawat menonton video percuma berdurasi 30 saat atau membuat bayaran untuk menonton video penuh.
Mereka juga cuba mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang dengan menggunakan pelayan dari luar negara.
Sebanyak 97 orang melanggan laman web tersebut sebelum laman web tersebut berjaya ditutup.
Jika didapati bersalah mereka berdepan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda AS$26,571 (sekitar RM108,000).
Menerbit dan menyiarkan pornografi adalah haram di Korea Selatan.
Sebanyak 6,000 kes dilaporkan pada 2017, iaitu peningkatan 2,400 pada 2012.
Setakat ini, 5,400 orang ditahan bagi kesalahan jenayah mengintip menggunakan kamera pada 2017 tetapi kurang daripada dua peratus dihukum penjara di Korea Selatan.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#pornography
#spy camera
#video lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan