ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan, ibu kota wilayah Balochistan, pada Khamis, menurut pegawai hospital.
Jurucakap Hospital Awam Quetta, Waseem Baig memberitahu Xinhua bahawa empat yang terkorban dan 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berkenaan.
Mereka yang cedera kini menerima rawatan di pusat trauma hospital, kata jurucakap itu.
Polis memberitahu media tempatan bahawa letupan berlaku berhampiran Kolej Sains Kerajaan di kawasan Jalan Jinnah, Quetta sejurus selepas sekumpulan pelajar keluar dari bangunan kolej berkenaan.
Beberapa bangunan dan kenderaan berhampiran turut rosak akibat letupan itu, menurut media tempatan.
Pasukan keselamatan dan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian, dan sekurang-kurangnya dua yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan berkenaan dan memulakan operasi pengesanan. Bagaimanapun, jenis letupan masih tidak dapat dipastikan.
Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021

Sehingga kini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. - Foto AP

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Letupan di Karachi sasarkan hubungan Pakistan-China
Kejadian itu akan disiasat segera dan Pakistan akan memastikan dalang di sebalik kejadian itu akan menerima hukuman sewajarnya.

Seorang maut, tiga cedera dalam dua insiden letupan bom di selatan Thailand
Seorang orang awam maut manakala tiga anggota skuad pemusnah bom cedera dalam dua insiden letupan bom di Sai Buri, Pattani, selatan Thailand pada Jumaat.

30 orang maut, lebih 50 cedera dalam kejadian letupan bom dekat masjid di Pakistan
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah masjid di bandar Peshawar.

Tiga anggota skuad pemusnah bom cedera di Songkhla
Dalam insiden kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan, sebutir bom meletup berdekatan sebuah landasan kereta api di Ban Na, Chana.

4 maut, 15 cedera dalam kejadian letupan bom di Quetta Pakistan
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Quetta, barat daya Pakistan, ibu kota wilayah Balochistan.

Letupan bom di Kabul ragut sekurang-kurang 4 nyawa
Sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh manakala dua lagi cedera dalam dua letupan bom yang berlaku di barat Kabul, Afghanistan pada Rabu, menurut saksi.

Letupan bom sasar bas tentera ragut 13 nyawa di Damsyik
Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala tiga yang lain cedera dalam serangan bom yang menyasarkan sebuah bas tentera di Damsyik pada Rabu, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita SANA.

Afghanistan: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh letupan bom di masjid
Satu letupan bom menggegarkan sebuah masjid di wilayah Kandahar selatan Afghanistan ketika solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya 30 orang.

2 maut dalam insiden letupan di Masjid Eidgah, Kabul
Ia adalah serangan terburuk di ibu kota Afghanistan, sejak tentera Amerika Syarikat berundur dari negara itu.

Letupan bom malam Aidiladha di Iraq ragut 28 nyawa, 66 cedera
Sekurang-kurangnya 28 terbunuh dan 66 yang lain cedera dalam letupan bom di sebuah pasar di timur Baghdad pada Isnin, kata Kementerian Dalam Negeri lapor Agensi Berita Xinhua.