Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: Stesen IPU tidak sihat di Sarawak susut kepada empat setakat 4 petang

Stesen pengawasan kualiti udara di Serian terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 156, turun satu mata berbanding jam 3 petang. -Gambar fail/Bernama
Stesen pengawasan kualiti udara di Serian terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 156, turun satu mata berbanding jam 3 petang. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Krisis jerebu di Sarawak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah kawasan yang berada dalam kategori tidak sihat berkurangan kepada empat stesen setakat jam 4 petang ini.

Berdasarkan data pengurusan kualiti udara terkini, Samarahan dan Mukah kembali ke kategori sederhana selepas masing-masing mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 100 dan 99.

Perkembangan itu menyaksikan jumlah stesen yang masih merekodkan bacaan tidak sihat di negeri berkenaan menyusut daripada enam kepada empat.

Stesen pengawasan kualiti udara di Serian terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 156, turun satu mata berbanding jam 3 petang.

Penurunan paling ketara direkodkan di Kuching yang susut 22 mata kepada 130, manakala Sibu dan Sarikei masing-masing turun satu mata untuk mencatat bacaan 152.

Sri Aman pula terus menunjukkan peningkatan apabila bacaannya turun kepada 86.

Di Semenanjung Malaysia, kualiti udara kekal pada tahap baik dan sederhana.

Batu Muda di Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU tertinggi di Semenanjung pada paras 76, diikuti Kluang dan Paka yang masing-masing mencatatkan bacaan 74.

Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan 73 manakala Seremban kekal pada paras 60.

Bagi kawasan dalam kategori baik, Shah Alam dan Johan Setia masing-masing mencatat bacaan 46, diikuti Putrajaya (44), Petaling Jaya (43) dan Klang (38).

Secara keseluruhan, Langkawi merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan bacaan IPU 19, diikuti Alor Gajah pada paras 21.

Must Watch Video

Advertisement