DUNIA
45 cedera dalam letupan stesen minyak di Rom, Itali

Kepulan asap kelihatan selepas sebuah stesen minyak meletup di pinggir Rom, Itali, 4 Julai 2025. REUTERS
ROM: Jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 45 orang susulan letupan kuat di sebuah stesen minyak di timur Rome pada pagi Jumaat, menurut laporan terkini media Itali, lapor Xinhua.
Agensi berita Itali, ANSA melaporkan bahawa mangsa yang cedera termasuk 12 anggota polis, enam anggota bomba dan tiga anggota penyelamat kecemasan yang tiba di lokasi selepas letupan kecil pertama berlaku.
Beberapa letupan susulan berlaku tidak lama selepas itu.
Dua mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan alat sokongan hayat, manakala enam lagi berada dalam kategori "kod merah" iaitu tahap kecemasan perubatan tertinggi dalam sistem kesihatan Itali.Letupan berlaku di sebuah stesen minyak di Via Gordiani, Daerah Prenestino, Rom.
Siasatan awal oleh jabatan bomba tempatan mendapati letupan mungkin berpunca daripada satu pam bahan api yang tertanggal daripada sebuah lori tangki.
Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan mengenai kejadian itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami