awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48 pelajar Malaysia di Jakarta dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2013
01:34 MYT
48 pelajar Malaysia di Jakarta dipindahkan
Seramai 48 pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Trisakti, dipindahkan ke Dewan Malaysia di Jakarta Pusat.
Ia susulan kediaman mereka di kawasan Roxy, Jakarta Barat, dinaiki air sehingga satu meter.
Menurut laporan Bernama, pemindahan dibuat dengan kerjasama pihak Education Malaysia (EM) dan Kedutaan Malaysia.
Pemindahan kumpulan pertama melibatkan 24 pelajar, terdiri daripada 20 perempuan dan empat lelaki.
Menurut Pengarah EM Indonesia, Prof Madya Dr Juzhar Jusoh, pihaknya mengarahkan semua pelajar universiti sama dipindahkan ke Dewan Malaysia.
Ini bagi memastikan mereka tidak berdepan masalah terputus bekalan makanan kerana banjir.
Terdapat lebih 200 pelajar Malaysia sedang menuntut di Universiti Trisakti.
Namun kira-kira 80 daripada pelajar itu tidak tinggal di kediaman mereka kerana sedang bertugas di beberapa hospital di luar kawasan itu di bawah program latihan klinikal.
Topic Berkaitan
#banjir
#Jakarta
#Malaysia
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan