ABADAN: Sekurang-kurangnnya lima maut manakala 80 lagi terperangkap selepas sebuah bangunan 10 tingkat yang dalam pembinaan runtuh di Abadan, Iran.

Pihak berkuasa menjangkakan angka kematian mungkin meningkat berikutan jumlah mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

Jurucakap perkhidmatan penyelamat memaklumkan pasukan penyelamat dan anjing pengesan dikerah bagi membantu mengesan mangsa.

Bangunan itu terletak di jalan paling sibuk di Abadan di mana ia dipenuhi dengan bangunan komersial, perubatan dan pejabat.

Runtuhan turut menjejaskan deretan kedai dan kenderaan sekitar.

Laporan awal menyebut runtuhan berlaku ketika ribut pasir melanda.

Ribut Pasir | Debu kuning landa Baghdad


Pihak berkuasa turut dilaporkan menahan pengurus projek bagi membantu siasatan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.