awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM lepasi sasaran kutipan, rekod RM76.18 bilion pada 2025
Juruaudit luar syarat baharu konsesi penyelenggaraan jalan - Nanta Linggi
Buang puntung rokok, buruh binaan didenda RM300
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 hilang selepas bot terbalik di Mediterranean

Bernama
Bernama
26/01/2026
07:30 MYT
50 hilang selepas bot terbalik di Mediterranean
Satu-satunya mangsa yang terselamat telah diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dan dibawa ke hospital di Malta untuk rawatan. - Gambar hiasan/Unsplash
ROM: Sebuah bot yang membawa 51 migran terbalik baru-baru ini di Mediterranean, hanya seorang mangsa sahaja yang disahkan selamat manakala 50 yang lain masih hilang, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Satu-satunya mangsa yang terselamat telah diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dan dibawa ke hospital di Malta untuk rawatan.
Menurut mangsa tersebut, bot berkenaan bertolak dari Libya pada Khamis dan terbalik pada keesokan harinya.
Dia berpaut pada bangkai bot dan hanyut di laut sehingga berjaya diselamatkan.
Susulan kemalangan itu, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan, namun 50 orang masih belum ditemukan.
Data daripada Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menunjukkan bahawa 14 orang telah hilang atau disahkan maut di Mediterranean sejak awal tahun ini.
Jumlah kematian dan kehilangan mencecah 1,873 orang di sepanjang laluan tersebut pada 2024.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#bot terbalik
#mediterranean
#50 hilang
#migran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan