awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

503 pendatang lintasi Selat Inggeris dalam sehari

Bernama
Bernama
10/11/2025
04:05 MYT
503 pendatang lintasi Selat Inggeris dalam sehari
Individu dipercayai pendatang menuruni kapal pihak berkuasa sempadan Britain, ketika tiba di Pelabuhan Dover, Dover, Britain, 29 Dis 2024. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Seramai 503 pendatang menyeberangi Selat Inggeris dalam sehari ketika kerajaan Britain sedang mempertimbangkan rombakan besar terhadap peraturan imigresennya, lapor PA Media/dpa.
Kumpulan terbaharu itu tiba dengan menaiki tujuh bot kecil pada Sabtu, manakala lebih banyak bot dilaporkan berlepas dari Perancis pada Ahad.
Jumlah itu menjadikan keseluruhan pendatang dalam tempoh tiga hari mencecah 1,772 orang, dengan angka bagi tahun ini meningkat kepada 38,726, berbanding 32,119 pada tempoh sama tahun lalu dan 26,699 pada 2023.
Lebih ramai tiba di pelabuhan Dover pada Ahad dengan menaiki kapal Pasukan Sempadan sambil memakai jaket keselamatan, manakala sebahagian lagi dibaluti selimut.
Ketibaan di pelabuhan Kent itu berlaku ketika Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom Shabana Mahmood dilaporkan bersedia mengumumkan rombakan terhadap peraturan imigresen negara dalam beberapa minggu akan datang, dengan cadangan berasaskan model sistem Denmark.
Mahmood menghantar pegawai ke Denmark bulan lalu bagi meneliti dasar kawalan sempadan dan suaka negara itu, yang dianggap antara paling ketat di Eropah.
Antara dasar yang sedang dipertimbangkan termasuk peraturan lebih ketat mengenai penyatuan semula keluarga dan sekatan ke atas tempoh tinggal sementara bagi sesetengah pelarian.
Mahmood dilaporkan ingin memperkenalkan langkah pencegahan bagi menghalang kemasukan melalui laluan tidak sah, selain memudahkan proses mengusir mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal.
Sumber berkata beliau juga berhasrat untuk bertemu Menteri Imigresen Denmark Rasmus Stoklund dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lintas Selat Inggeris
#pendatang
#Imigresen
#pelabuhan Dover
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan