awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

51 pesakit dijangkiti hepatitis C, doktor Jerman digantung tugas

Bernama
Bernama
30/06/2023
12:49 MYT
51 pesakit dijangkiti hepatitis C, doktor Jerman digantung tugas
Beliau mencuri ubat penenang di Hospital Donau-Ries untuk merawat dirinya daripada penyakit usus kronik yang kemudian diketahui disebabkan oleh virus hepatitis C. - Gambar fail/pcori.org
AUGSBURG (Jerman): Seorang pakar bius dari Jerman dihukum penjara selama dua tahun atas kesalahan menyebabkan kecederaan serius setelah menjangkiti 51 pesakit dengan hepatitis C, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Mahkamah Wilayah Augsburg menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap doktor berusia 61 tahun itu pada Jumaat membabitkan 51 pertuduhan, tetapi hukuman itu tidak perlu dilaksanakan.
Doktor itu telah membuat pengakuan komprehensif.
Beliau mencuri ubat penenang di Hospital Donau-Ries untuk merawat dirinya daripada penyakit usus kronik yang kemudian diketahui disebabkan oleh virus hepatitis C.
Hakim, Christoph Kern menegaskan bahawa terdapat "pelanggaran peraturan kebersihan secara terang-terangan" yang menyebabkan lebih 50 pesakit dijangkiti penyakit itu.
Selama beberapa bulan yang berikutnya, lelaki itu menjangkiti puluhan pesakit pada 2017 dan 2018.
Selepas berita mengenai "skandal perubatan" itu tersebar, sebanyak 1,700 orang yang telah dirawat oleh doktor berkenaan diminta untuk menjalani ujian bagi mengesan hepatitis C.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#Hepatitis C
#penyakit usus kronik
#kecederaan serius
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan