awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

58 maut, puluhan lagi hilang dalam bencana banjir di Jerman

Bernama
Bernama
16/07/2021
04:26 MYT
58 maut, puluhan lagi hilang dalam bencana banjir di Jerman
Banjir di bahagian barat Jerman Rhineland-Palatinate dan Rhine-Westphalia Utara disebabkan hujan berterusan mengakibatkan sekurang-kurangnya 58 terkorban dan puluhan yang lain hilang. -Reuters
BERLIN: Banjir di bahagian barat Jerman Rhineland-Palatinate dan Rhine-Westphalia Utara disebabkan hujan berterusan mengakibatkan sekurang-kurangnya 58 terkorban dan puluhan yang lain hilang, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Menteri Dalam Negeri Rheinland-Palatinate, Roger Lewentz memberitahu media tempatan pada Khamis, sembilan lagi maut akibat banjir, menjadikan angka kematian di negeri ini meningkat kepada 28 orang.
Kira-kira 40 hingga 60 orang masih hilang, dan angka tersebut mungkin bertambah, menurut Lewentz.
Daerah Ahrweiler adalah kawasan paling teruk terjejas. Di bandar Schuld, enam rumah runtuh dan kira-kira 40 peratus bangunan kediaman lain rosak.
Kementerian Dalam Negeri Rhine-Westphalia Utara sebelum ini memberitahu sekurang-kurangnya 30 terkorban akibat bencana alam itu.
Bekalan air dan elektrik turut terjejas di beberapa kawasan.
Operasi menyelamat disertai anggota bomba, pekerja teknikal dan tentera Jerman Bundeswehr.
Canselor Jerman Angela Merkel melalui jurucakapnya, di laman sosial berkata beliau "terkejut dan sedih dengan bencana alam yang menyebabkan ramai terkesan."
BACA: 42 maut akibat banjir di barat Jerman
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Jerman
#Rhineland-Palatinate
#Rhine-Westphalia
#hujan berterusan
#Roger Lewentz
#Ahrweiler
#Schuld
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan