LEBIH 6.88 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.25 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak lebih satu bilion dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 414 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 271 juta dos sementara Jepun melebihi 186 juta.

Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 186 juta dos.

Ini diikuti Thailand melebihi 72 juta manakala Filipina 56 juta dan Malaysia melebihi 49 juta.

Singapura sudah melebihi 10 juta dos vaksin.