awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas

Bernama
Bernama
08/07/2024
03:30 MYT
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Tanah runtuh itu juga menyebabkan jambatan runtuh dan beberapa rumah rosak. - Foto X/FPMKI
JAKARTA: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, empat cedera manakala 26 lagi hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah lombong emas di daerah Bone Bolango, wilayah Gorontalo di utara Pulau Sulawesi pada Ahad.
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan mencari dan menyelamat (Basarnas) dikerahkan segera ke kampung Tulabolo di mukim Suwawa Timur.
"Keadaan rupa bumi yang mencabar ditambah dengan lokasinya yang terpencil dan hujan yang berterusan telah menyukarkan usaha mencari dan menyelamat," kata ketua Basarnas Gorontalo, Heriyanto kepada media tempatan.
Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhairi dalam satu kenyataan, berkata tanah runtuh itu juga menyebabkan jambatan runtuh dan beberapa rumah rosak.
Beliau berkata banjir turut menjejaskan beberapa kawasan di lima mukim di wilayah itu susulan hujan lebat, menyebabkan sungai melimpah dan benteng pecah.
"Sebanyak 288 rumah di seluruh mukim ini telah ditenggelami air dan lumpur akibat banjir, menjejaskan 1,029 penduduk. Daripada jumlah yang terjejas, 11 keluarga telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat," tambahnya.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) telah mengeluarkan amaran untuk hujan sederhana hingga lebat serta angin kencang di Bone Bolango dan kawasan lain di Gorontalo pada Isnin dan Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#lombong emas
#hujan lebat
#usaha mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan