awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 pelajar lemas, 24 cedera dalam insiden di Pantai Alexandria

Bernama
Bernama
24/08/2025
01:30 MYT
6 pelajar lemas, 24 cedera dalam insiden di Pantai Alexandria
Enam pelajar lemas manakala 24 lagi cedera ketika mengikuti lawatan sambil belajar di Pantai Abu Talat, barat laut Kaherah pada Sabtu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir. - Gambar fail Reuters
KAHERAH: Enam pelajar lemas manakala 24 lagi cedera ketika mengikuti lawatan sambil belajar di Pantai Abu Talat, barat laut Kaherah pada Sabtu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir, lapor Xinhua.
Kementerian memaklumkan, mereka menyertai rombongan yang dianjurkan akademi pengajian hospitaliti udara.
Ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan kecemasan.
Seramai tiga pelajar yang cedera dirawat di pantai berkenaan, manakala 21 yang lain dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan dan Penduduk, Khaled Abdel-Ghaffar menegaskan komitmen pihaknya untuk memberi sokongan penuh kepada mangsa serta keluarga mereka, di samping memantau rapi segala langkah perubatan dan kecemasan.
Kementerian itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai punca kejadian, namun menyeru orang ramai agar mematuhi garis panduan keselamatan di pantai, khususnya ketika aktiviti berkumpulan, bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#enam pelajar lemas
#Pantai Abu Talat
#Pantai Alexandria
#lawatan sambil belajar
#Kementerian Kesihatan Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan